Carian dihidupkan, Tukar kedai
5% pulangan untuk Item Rakuten 27 Mei 16:00 - 31 Mei 16:00 JST BELI SEKARANG
10% CASHBACK UNTUK ITEM RAKUMA: 27 MEI 4PM - 31 MEI 4PM JST BELI SEKARANG
Potongan sehingga 5,000yen kod "MAY24" LAGI

Bagaimanakah sistem pembayaran ZenMarket berfungsi?

Anda boleh membuat pembayaran terhadap apa sahaja di ZenMarket menggunakan wang yang telah didepositkan ke dalam akaun anda. Jika anda membuat pembelian daripada kedai online, anda boleh membuat pembayaran setelah menerima sebut harga. Tetapi, transaksi pembayaran melalui PayPal mungkin mengambil masa beberapa jam kerana kadang-kadang PayPal membuat semakan transaksi. Pemindahan wang melalui bank biasanya mengambil masa beberapa hari. Untuk membuat bidaan pada jualan lelong, anda diminta untuk membuat deposit terlebih dahulu. Anda boleh menggunakan deposit tersebut untuk semua pembayaran di ZenMarket: pembayaran barangan, bidaan untuk lelongan, atau pembayaran kadar pengiriman antarabangsa. Anda juga boleh mengeluarkan wang daripada akaun ZenMarket anda pada bila-bila masa sahaja sekiranya anda tidak mahu menggunakannya.

Bilakah saya perlu membayar barangan dan kadar pengiriman?

Jika anda ingin membuat pesanan barangan dari pasaran online Jepun, staf kami akan terlebih dahulu menyemak pesanan anda dan menghantar sebut harga kepada anda. Sekiranya anda tidak bermasalah dengan sebut harga tersebut, anda boleh membuat pembayaran barangan. Sekiranya anda ingin membida di Yahoo! Auctions, terlebih dahulu, anda perlu membuat deposit tidak kurang daripada jumlah bidaan maksimum anda. Sebaik sahaja barangan daripada kedai atau lelongan online anda sampai di gudang kami dan siap dibungkus, kami akan mengenakan kadar pengiriman antarabangsa kepada anda.

Berapakah jumlah wang yang perlu saya depositkan ke akaun saya?

Jika anda membuat pembelian di kedai online Jepun, anda mesti membuat deposit yang mencukupi untuk menampung amaun sebut harga barangan anda. Tetapi, anda tidak semestinya perlu membuat deposit sebelum membuat pesanan anda. Anda boleh berbuat demikian setelah harga barang atau kadar pengiriman tempatan telah dikenakan kepada anda.
Jika anda ingin membida pada jualan lelong, sila depositkan amaun yang mencukupi untuk menampung bidaan maksimum anda dan caj perkhidmatan ZenMarket sebanyak (500 Yen). Sila gunakan Kalkulator Caj kami untuk menganggarkan jumlah kos keseluruhan sekiranya anda dapat menganggarkan saiz dan berat barangan anda.

Berapa lama kah boleh saya menyimpan wang yang didepositkan ke dalam akaun saya?

Di bawah perundangan Jepun, wang yang dideposit ke dalam akaun pengguna ZenMarket boleh disimpan dalam baki akaun untuk tempoh enam bulan dari saat deposit. Pengguna dikehendaki menggunakan wang ini untuk pembayaran barangan dan perkhidmatan atau mengeluarkannya dengan kaedah yang sama dengan waktu deposit sebelum tempoh ini berakhir.

Saya ingin menggunakan kupon/diskaun kedai untuk item ini. Bagaimanakah caranya?

Malang sekali, kami tidak membenarkan penggunaan kupon atas beberapa sebab. Pelanggan perlu setuju untuk membayar dengan harga penuh; sistem kami tidak boleh mengembalikan refund dengan efektif dan kemungkinan untuk membuat kesilapan adalah terlalu tinggi. Untuk alasan yang sama kami tidak akan mengembalikan wang anda jika harga telah turun ketika proses pembelian dilakukan.

Tetapi, kami akan membayar untuk pelanggan jika harga item menjadi lebih mahal dalam 1% atau 100 yen untuk setiap item, hanya ketika harga telah berubah selepas pelanggan membuat pembayaran. Kami mengharapkan pengertian dan kerjasama baik daripada anda.

Untuk Mercari, jika anda mendapati harga produk telah turun, sila keluarkan item tersebut daripada troli anda dan masukkannya sekali lagi. Disebabkan semakan harga dan pembelian untuk platform ini kebanyakannya diproses secara automatik, harga yang dikemaskini akan dipaparkan secara automatik. Mohon perhatian bahawa kadang-kadang akan berlaku time-lag sebelum pembelian diproses, jadi jika harga telah turun ketika ini, caj berlebihan tidak akan dikembalikan ke baki akaun anda.

Bolehkah saya mengeluarkan baki wang di dalam akaun saya?

Anda boleh mengeluarkan baki wang di akaun anda dalam tempoh 180 hari daripada pembayaran terakhir anda jika anda membuat pembayaran melalui PayPal, atau dengan kad kredit atau kad debit (via Stripe). Pengeluaran wang mestilah tidak melebihi jumlah amaun pembayaran yang dibuat melalui sistem pembayaran dalam tempoh 180 hari lalu. Jika pengeluaran wang dilakukan dalam tempoh masa 180 selepas pembayaran terakhir anda, caj perkhidmatan semasa deposit turut dikembalikan kepada anda. Untuk mengeluarkan baki wang, sila pergi ke tab pembayaran di "Akaun Saya" dan tekan butang "Pengeluaran".
Pengeluaran dilakukan secara manual, jadi pemprosesannya akan mengambil sedikit masa.

Sila maklum: Anda cuma boleh mengeluarkan wang kembali ke akaun yang sama anda gunakan untuk menambah wang ke akaun anda. Contohnya, anda tidak boleh menambah wang melalui PayPal dan membuat pengeluaran menggunakan Stripe, ataupun sebaliknya. Anda juga tidak boleh menambah wang menggunakan sebuah akaun PayPal, dan mengeluarkannya ke akaun PayPal akaun lain.
*Semasa pengeluaran, caj perkhidmatan ZenMarket tidak akan dikenakan kecuali jika anda menambah wang melalui pengiriman bank atau CoinGate. Tetapi, untuk kes-kes tertentu, amaun pengeluaran mungkin sedikit berbeza dengan amaun wang yang anda telah masukkan ke akaun ZenMarket anda. Hal ini mungkin dipengaruhi oleh turun naik kadar pertukaran mata wang, caj sistem bank anda, atau faktor-faktor lain yang berada di luar kawalan ZenMarket.

Harap maklum bahawa pengeluaran wang untuk deposit berbentuk cryptocurrency tidak dapat dilakukan buat sementara waktu. Selain itu, untuk pengeluaran wang melalui WISE (dahulu dikenali sebagai TransferWise), caj pemprosesan sebanyak 0.6%~2% daripada jumlah pengeluaran (bergantung kepada mata wang) dan caj pemindahan wang melalui bank sebanyak 500 yen akan dikenakan.

Saya sudah buat pengeluaran wang daripada baki akaun, tapi saya masih belum menerimanya. Apakah yang patut saya lakukan?

Kebiasaanya, selepas kami memulangkan duit anda, proses selanjutnya mengambil masa 7 ke 10 hari bekerja untuk duit anda sampai. Jika wang masih belum sampai selepas 10 hari, sila hubungi bank anda ataupun syarikat pembayaran yang digunakan untuk mengetahui status pengeluaran wang.

Apakah kaedah pembayaran yang ada? Kaedah manakah yang lebih baik?

Anda boleh menambahkan wang ke dalam akaun anda melalui kad debit, kad kredit* (VISA, Mastercard, American Express, Maestro) terus daripada laman web kami (via Stripe) atau melalui PayPal. Anda juga boleh membuat deposit melalui akaun PayPal anda, pemindahan wang melalui bank, atau Alipay (pelanggan China). Jika anda membuat pembayaran kecil, kaedah terpantas dan termurah adalah melalui kad kredit atau PayPal. Jika anda ingin mendepositkan lebih daripada 100,000 yen, pemindahan wang melalui bank adalah lebih murah tetapi proses ini mengambil masa 3-4 hari.

Adakah caj gerbang bayaran turut dikenakan?

Caj gerbang bayaran tidak dikenakan. Tetapi, kami mengenakan caj deposit ZenMarket. Caj ini merupakan kadar rata untuk kesemua jenis pembayaran kecuali pemindahan wang melalui bank.
Apabila anda membuat pembayaran melalui pemindahan bank antarabangsa (SWIFT wire transfer), JPY 4,500 akan dikenakan dan kemungkinan terdapat caj tambahan yang dikenakan oleh bank anda atau bank perantara. Caj tambahan ini tidak didedahkan, jadi ianya tidak dapat dianggarkan terlebih dahulu.

Bagaimanakah ZenMarket mengira caj deposit? Saya menambahkan 3.5% tetapi mendapat hasil amaun yang berbeza.

Caj deposit ZenMarket adalah 3.5% daripada jumlah amaun transaksi, bukannya jumlah amaun yang anda ingin depositkan.
Contohnya, anda ingin mendepositkan 1000 yen. Anda tidak boleh mengambil 3.5% daripada 1000 yen dan menambahkannya kepada amaun deposit 1000 yen anda. Jika anda berbuat demikian, anda akan memperoleh jumlah 1035 yen. Ini kerana, caj deposit adalah 3.5% daripada 1035 yen, maka hanya 999 yen akan didepositkan ke akaun anda. Inilah sebabnya mengapa pengiraan anda mendapat hasil yang berbeza. Prinsip yang sama turut dikenakan kepada pemindahan wang melalui bank dan kaedah pembayaran lain yang mengenakan caj berdasarkan peratusan daripada jumlah amaun sesuatu transaksi.

Kesemua harga ditunjukkan dalam JPY, tetapi bolehkah saya membayar dengan USD atau mata wang lain?

Kami hanya menerima yen Jepun, tetapi kad atau akaun anda boleh menggunakan apa-apa mata wang sekalipun. Apabila membuat pembayaran melalui PayPal, kesemua pembayaran anda akan ditukarkan kepada JPY secara automatik berdasarkan kepada kadar pertukaran yang ditetapkan oleh PayPal atau bank anda.

Apakah kadar pertukaran daripada mata wang tempatan saya kepada JPY?

Apabila membuat pembayaran melalui PayPal, pembayaran anda akan ditukarkan secara automatik daripada mata wang tempatan anda kepada yen Jepun. Anda boleh menyemak kadar pertukaran di laman web PayPal. Anda juga boleh menetapkan kadar pertukaran kepada kadar pertukaran bank anda. Laman web kami memaparkan harga dalam yen Jepun, tetapi anda boleh melihat harga dalam mata wang lain dengan mengklik butang bar menu di bahagian atas halaman. Sila maklum bahawa ianya hanyalah untuk rujukan dan kami tidak menjamin ketepatannya.
Apabila anda membuat pembayaran melalui kad debit/kredit, kadar pertukaran yang ditetapkan oleh Stripe akan digunakan.
Apabila anda membuat pembayaran melalui pemindahan wang melalui bank antarabangsa, pembayaran anda akan ditukarkan kepada JPY berdasarkan kadar pertukaran semasa bank tempatan anda pada hari pembayaran tersebut tiba. Kami akan menambahkan deposit anda menurut amaun yang dipindahkan ke akaun kami dalam JPY, bukannya menurut amaun yang dipaparkan pada skrin pembayaran.

Berapa lamakah masa yang diambil untuk wang saya didepositkan ke akaun saya?

Untuk pembayaran terus melalui kad (Stripe), PayPal, atau Alipay (pelanggan China) pembayaran anda akan didepositkan secara automatik kira-kira 2 minit selepas transaksi. Kadang-kadang, sistem pembayaran akan melengahkan pembayaran anda selama 24 jam sekiranya ia kelihatan mencurigakan. Jika pembayaran anda masih belum didepositkan selepas 24 jam, sila hubungi kami. Jika anda membuat pembayaran melalui pemindahan bank antarabangsa, ianya akan mengambil masa 3-4 hari. Sila maklumkan kepada kami terlebih dahulu sebelum membuat pemindahan bank antarabangsa supaya kami dapat mengenal pasti pembayaran anda dengan lebih pantas.

Bagaimanakah saya dapat menyemak rekod pembayaran saya?

Kesemua pembayaran dan pemulangan wang anda dipaparkan pada tab "Pembayaran" di halaman akaun anda.

Saya adalah pelanggan setia. Adakah anda mempunyai program khas untuk kesetiaan?

Mestilah! ZenMarket Loyalty Program telah dibangunkan sebagai tanda terima kasih kepada semua pelanggan setia kami atas sokongan berterusan mereka terhadap perkhidmatan kami.

Mulai 1 September 2023, keahlian diberikan secara automatik pada hari pertama setiap bulan kepada pelanggan yang telah menghantarkan item dengan jumlah harga ¥15,000 atau lebih dalam tempoh 4 bulan kalendar sebelumnya tanpa mengira tarikh pembelian item. ZenMarket Loyalty Program mempunyai 6 tahap seperti yang ditunjukkan di bawah.

Kelebihan ZenMarket Loyalty Program:

  1. Membeli secara kredit. Ahli loyalty program kami mempunyai keupayaan untuk membuat pembelian dan bidaan pada lelongan menggunakan jumlah kredit yang diperuntukkan, tanpa menambah wang terlebih dahulu (lebih lanjut mengenai cara kredit berfungsi di sini).
  2. Menerima sehingga 1% pulangan tunai dalam ZenPoints untuk tahap 2 dan ke atas. Ahli ZenMarket Loyalty Program akan menerima sehingga 1% dalam bentuk ZenPoints* daripada harga barang yang mereka hantar. Pulangan tunai ZenPoint untuk item dalam bungkusan yang diberikan akan digunakan selepas bungkusan itu meninggalkan gudang kami mengikut tahap keahlian pada hari tersebut.
    *ZenPoints ialah hadiah yang ditambahkan ke akaun anda untuk digunakan untuk penghantaran antarabangsa. (lebih lanjut mengenai ZenPoints di sini.)

Lebih banyak FAQ mengenai ZenMarket Loyalty Program boleh didapati di sini.

Bolehkah saya membeli secara kredit?

Boleh! Di bawah ZenMarket Loyalty Program, pelanggan setia kami dapat menikmati kemudahan istimewa membuat pembelian di pasaran dalam talian Jepun atau membuat bidaan di Yahoo! Auction melalui ZenMarket, DENGAN KREDIT! Beli sekarang, bayar kemudian!

Sistem kredit (dan, jika berkenaan, perubahan had kredit) dikemaskini pada 1hb setiap bulan berdasarkan jumlah harga barang yang dihantar pada 4 bulan sebelumnya. Jumlah kredit yang boleh digunakan dinyatakan dalam bahagian ZenMarket Loyalty Program di atas.

Perkara yang perlu diberi perhatian mengenai Kredit ZenMarket:

Jika baki negatif dipaparkan pada akaun anda, sila pastikan anda membayarnya balik dalam tempoh satu bulan dari hari pertama ia bertukar negatif. Kegagalan untuk berbuat demikian boleh membawa kepada akibat, termasuk penggantungan sementara atau kekal daripada Loyalty Program.

Sila ambil perhatian juga bahawa tiada bungkusan yang boleh dibayar atau dihantar jika baki anda negatif (melainkan anda mempunyai ZenPoints yang mencukupi untuk menampung baki negatif dan kos penghantaran).

Harap maklum bahawa sistem kredit di bawah ZenMarket Loyalty Program mungkin tidak boleh digunakan oleh semua pelanggan. ZenMarket berhak untuk menahan, menukar jumlah, atau menyesuaikan syarat-syarat sistem kredit mengikut budi bicara kami.

Jika anda mempunyai sebarang soalan lain, anda boleh layari halaman ZenMarket Loyalty Program FAQs untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut.

Mengapakah baki akaun saya memaparkan angka negatif?

Kadang-kadang bayaran tambahan akan dikenakan setelah pembelian. Contohnya, apabila anda membeli item lelongan, selalunya kadar pengiriman tempatan dan caj perkhidmatan bank akan dikenakan setelah anda memenangi lelongan tersebut. Sekiranya perbelanjaan anda melebihi deposit anda, ianya akan dipaparkan sebagai angka negatif.

Masih mempunyai soalan?

Hubungi kami. Kami sentiasa bersedia untuk membantu anda.