Carian dihidupkan, Tukar kedai
5% pulangan untuk Item Rakuten 27 Mei 16:00 - 31 Mei 16:00 JST BELI SEKARANG
10% CASHBACK UNTUK ITEM RAKUMA: 27 MEI 4PM - 31 MEI 4PM JST BELI SEKARANG
Potongan sehingga 5,000yen kod "MAY24" LAGI

Apakah jenis kaedah pengiriman antarabangsa yang ditawarkan?

Kami menawarkan kaedah-kaedah berikut yang terbahagi kepada dua kategori: Perkhidmatan Pos dan Kurier.

Perkhidmatan Pos: EMS, Mel udara (airmail/AVIA), Mel biasa (surface)

Kurier: FedEx, UPS, DHL, SF Express, ECMS Express


- SF Express hanya boleh digunakan untuk negara-negara Asia tertentu seperti Taiwan, Hong Kong, dll.

- ECMS Express hanya boleh digunakan untuk pengiriman ke Taiwan, Hong Kong, Malaysia, Thailand, Singapura, Korea Selatan, Australia, Vietnam dan Filipina.

- Maklumat ini sah pada December 2022 dan mungkin akan diubah atau dikemas kini.

Perhatian: Maklumat Penghantaran Terkini

Apakah kaedah pengiriman yang paling murah?

Ini bergantung kepada saiz dan berat bungkusan anda. Untuk item kecil seperti CD dan majalah, AVIA Small "paket kecil" selalunya merupakan pilihan yang termurah. Untuk bungkusan lain, sila rujuk Kalkulator Kadar Pengiriman kami. Untuk hasil terbaik, sila memasukkan anggaran dimensi bungkusan juga.

Apakah kaedah pengiriman yang paling pantas?

FedEx/UPS/EMS adalah antara yang terpantas dan Surface merupakan kaedah terlambat.

Kaedah pengiriman manakah yang harus saya pilih?

Untuk item yang murah dan kecil, kami mencadangkan menggunakan AVIA Small "paket kecil" untuk bungkusan yang jumlah beratnya di bawah 2kg.

Untuk item lain, kami mencadangkan EMS kerana ia merupakan kaedah pengiriman paling diyakini dan berbaloi.

Bilakah saya harus menggunakan FedEx/UPS?

  • Apabila mereka menawarkan kadar yang lebih murah daripada EMS.
  • Apabila bungkusan anda terlalu berat dan terlalu panjang untuk menggunakan EMS.
  • Apabila anda ingin menghantar buku-buku, peralatan dan barangan berat lain.

Berapakah kadar pengiriman untuk setiap kaedah?

Anda boleh melihat kadar pengiriman menggunakan Kalkulator Kadar Pengiriman kami.

Bolehkah saya mendapatkan kadar pengiriman antarabangsa percuma?

Mustahil. Sebahagian barangan yang dijual di Rakuten dan Amazon menawarkan kaedah pengiriman tempatan (dalam Jepun) percuma. Dalam kes sebegini, kami tidak akan mengenakan sebarang caj untuk pengiriman tempatan kepada pelanggan kami, tetapi kadar pengiriman antarabangsa akan sentiasa dikenakan.

Apakah "bungkusan kecil"?

"Bungkusan kecil" adalah kaedah penghantaran untuk item kecil. Kaedah ini adalah yang termurah, tetapi mempunyai had saiz dan berat. "Bungkusan kecil" boleh dihantarkan dengan Airmail.

Had berat maksimum ialah 2 kg.
Panjang(a) + tinggi(b) + dalam(c) <= 90 cm.

Bolehkah ZenMarket mengirimkan item yang besar/berat/panjang?

Had pengiriman adalah bergantung kepada negara pengiriman serta kaedah pengiriman pilihan anda. Anda boleh menyemak had saiz dan berat bagi negara anda menggunakan Kalkulator Kadar Pengiriman kami.

Apa itu “strategi pembungkusan”?

Setiap kaedah pengiriman mempunyai had-had tertentu berdasarkan berat dan saiz bungkusan. Kadang-kadang, tidak semua item yang anda pilih dapat dimuatkan ke dalam bungkusan yang mematuhi had kaedah pengiriman pilihan anda.
Untuk kes-kes sedemikian, kami memberikan anda tiga (3) pilihan strategi pembungkusan ketika membuat bungkusan di akaun ZenMarket anda.

1) Tinggalkan sebahagian item di gudang
Kami akan cuba membungkus item sebanyak mungkin, dan lebihannya akan ditinggalkan di gudang kami.
Secara prinsipnya, prioriti akan diberikan kepada item yang telah lama disimpan di gudang kami, tetapi, hal ini tertakluk kepada perubahan bergantung kepada saiz dan dimensi sesuatu item.

2) Gunakan kaedah pengiriman termurah yang berikutnya
Kami akan menukar kaedah pengiriman anda kepada kaedah termurah yang berikutnya, yang boleh digunakan untuk menghantar kesemua item pilihan anda.
Sila ambil perhatian bahawa sekiranya kaedah pengiriman pilihan anda merupakan satu-satunya pilihan yang ada.

3) Bahagikan item anda kepada dua atau lebih bungkusan
Item anda akan dibahagikan kepada dua atau lebih bungkusan yang memenuhi syarat kaedah pengiriman pilihan anda.
Strategi ini kerap digunakan untuk AVIA Paket Kecil atau item yang tidak boleh dibungkus bersama (contohnya, joran dan gelendong (fishing reel)). Setiap bungkusan akan dikira sebagai bungkusan berbeza, maksudnya, anda perlu membayar kadar pengiriman secara berasingan dan setiap bungkusan mempunyai nombor penjejak yang tersendiri.

Contoh

Kaedah pengiriman pilihan: AVIA (Paket Kecil)

Had:
- Berat maksimum = 2000 g (2 kg)
- Panjang maksimum = 60 cm
- Tinggi + Panjang + Dalam: 90 cm atau kurang

Kandungan: Tiga item (A, B, C). Berat ketiga-tiga item setelah dibungkus melebihi 2 kg. Item B terlalu panjang untuk dibungkus bersama item-item lain.

1) Tinggalkan sebahagian item di gudang
A dan C akan dibungkus untuk dikirimkan melalui AVIA Paket Kecil dan B akan ditinggalkan di gudang kami.
*Secara prinsipnya, prioriti akan diberikan kepada item yang telah lama disimpan di gudang kami, tetapi, hal ini tertakluk kepada perubahan bergantung kepada saiz dan dimensi sesuatu item.

2) Gunakan kaedah pengiriman termurah yang berikutnya
Ketiga-tiga item akan dibungkus bersama-sama; kaedah pengiriman ditukar kepada AVIA (standard).

3) Bahagikan item anda kepada dua atau lebih bungkusan Dua bungkusan akan dibuat; A dan C akan dimasukkan ke bungkusan #1 dan B ke bungkusan #2.
*Setiap bungkusan dikira sebagai bungkusan yang berbeza, maksudnya, perlu dibayar secara berasingan, permohonan berasingan untuk setiap kotak jika perkhidmatan pengukuhan bungkusan diperlukan, diberikan nombor penjejak berasingan.

Apakah jenis barangan yang dilarang untuk pengiriman?

Terdapat pelbagai jenis barangan yang dilarang daripada eksport ke luar Jepun seperti barangan mudah terbakar, flora dan fauna, item dalam senarai CITES (maklumat lanjut di sini). Selain itu, setiap negara mempunyai senarai barangan import larangan yang tersendiri.Oleh itu, terdapat barangan yang boleh dihantar ke luar Jepun, dan diterima masuk ke sesebuah negara, tetapi tidak diterima masuk oleh pihak Kastam sesebuah negara lain.
Anda boleh merujuk halaman Japan Post yang berikut untuk maklumat lanjut.
Barangan larangan: Bahasa Inggeris/Bahasa Jepun (lebih terperinci)
Maklumat untuk negara-negara lain (bahasa Jepun)

Terdapat barangan yang tidak termasuk dalam senarai di atas, tetapi tidak diterima untuk pengiriman ke luar negara oleh Japan Post.

- Speaker (boleh dikirimkan melalui Kurier)
- Bateri mudah alih (mobile batteries), bateri telefon pintar
- Rokok elektronik (e-cigarettes (IQOS, etc))
- pelindung suria (sunscreen)

Selain itu, terdapat juga beberapa jenis item yang tidak boleh dihantar melalui kaedah pengiriman tertentu.

Perkhidmatan Pos
EMS: Aksesori dan barangan bernilai seperti cincin, rantai, loket, gelang dan sebagainya yang mengandungi logam berharga seperti emas, perak, emas putih dan lain-lain lagi.

Mel biasa: Item yang mengandungi bateri lithium-ion hanya boleh dikirimkan ke beberapa buah negara. Sila semak jika negara anda ada dinyatakan pada kolum “Surface mail” di halaman 3 dalam senarai berikut.

Kurier
Memandangkan pengiriman antarabangsa melalui kurier secara umumnya adalah lebih ketat daripada perkhidmatan pos, terdapat beberapa jenis item yang boleh dihantar melalui perkhidmatan pos, tetapi tidak melalui kurier. Antaranya adalah;

  • Makanan dan minuman
  • Barangan sanitari dan kosmetik
  • Minuman beralkohol
  • Sebarang jenis cecair

Bagi ECMS Express, terdapat barangan larangan tambahan untuk negara tertentu. Malaysia (jam tangan, topi keledar, CD, DVD, majalah dll...), Taiwan (alat kesihatan dan kecantikan dll...). Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami.

Sila ambil perhatian bahawa untuk Zen Express, terdapat juga item terlarang tambahan (termasuk rambut palsu, item bermagnet, item yang menyerupai senjata, dll) bergantung kepada negara destinasi. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

*Kami tidak membeli barang-barang yang menggambarkan kanak-kanak atau individu yang mungkin kelihatan di bawah umur dalam pakaian provokatif atau bogel, sama ada dalam gambar, video, atau imej yang dihasilkan oleh AI. Jika sebarang item sedemikian dibeli oleh seorang pelanggan, ia akan dibuang tanpa pampasan, dan pelanggan tersebut akan dilarang daripada menggunakan perkhidmatan kami.

Sekiranya bungkusan yang mengandungi item-item sebegini dihantar oleh satu daripada perkhidmatan kurier kami, bungkusan tersebut akan ditahan oleh pihak Kastam dan besar kemungkinan, akan dilupuskan.

 

Adakah saya perlu membayar sebarang caj berkaitan kastam semasa ketibaan bungkusan saya?

Apa yang Perlu Dijangka: Bergantung kepada destinasi bungkusan dan serta nilai barang, anda mungkin perlu membayar duti kastam, cukai import, dan tarif yang dikenakan oleh negara anda.

Tanggungjawab Pelanggan: Pelanggan bertanggungjawab untuk menampung kos tambahan ini.

Khas Mengikut Negara: Caj dan sekatan berbeza mengikut negara, dan ZenMarket tidak dapat memberikan anggaran sebelum penghantaran dibuat.

Pemeriksaan Sebelum Penghantaran: Pelanggan perlu memeriksa peraturan kastam negara destinasi bungkusan sebelum melakukan penghantaran.

Adakah terdapat sebarang caj berkaitan import yang perlu saya bayar sebelum penghantaran?

ZenMarket menawarkan cukai import pra-bayar untuk beberapa negara seperti yang dinyatakan di bawah. Cukai ini ditujukan kepada "bungkusan nilai rendah" atau "barang nilai rendah" dan dikira sebagai peratusan kos bungkusan/barang yang bersesuaian.

Untuk beberapa negara, prabayar adalah wajib; untuk yang lain, anda boleh memilih untuk tidak membayar terlebih dahulu dan lakukannya ketika ketibaan bungkusan di kastam negara. Sila ambil perhatian bahawa kami tidak dapat menukar peratusan cukai berdasarkan kategori barang; jika barang anda mempunyai kadar cukai yang berbeza, sila jangan bayar terlebih dahulu dan pilih untuk bayar cukai semasa ketibaan barang anda di kastam.

Cukai khusus apa yang boleh dibayar (pra-bayar) melalui ZenMarket?

Sistem kami membolehkan pembayaran prabayar cukai konsumsi import, yang dikenali dengan pelbagai nama di seluruh dunia, seperti Cukai Nilai Tambah (VAT), dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Sila ambil perhatian bahawa hanya cukai konsumsi import yang boleh dibayar melalui ZenMarket; cukai lain tidak boleh. Oleh sebab itu, duti import mungkin dikenakan di negara anda. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada kandungan terperinci di bawah.

Australia 10% GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan):

  • Bungkusan di bawah atau setara dengan 1,000 AUD: Pra-bayar Adalah Mandatori
  • Bungkusan melebihi 1,000 AUD: Tidak boleh dipra-bayar. GST dan duti kastam akan diproses dan dikenakan oleh kastam Australia.

10% LVG Malaysia (Low-value goods):

  • Item di bawah atau setara dengan RM500: Pra-bayar Adalah Mandatori
  • Item melebihi RM500: Tidak boleh dipra-bayar. LVG dan duti kastam akan diproses dan dikenakan oleh kastam Malaysia

Kesatuan Eropah (“Cukai Nilai Tambah” ataupun VAT kecuali UK&Norway):

  • Bungkusan di bawah atau setara dengan 150 Euro: Pra-bayar Adalah Pilihan
  • Bungkusan melebihi 150 Euro: Tidak boleh dipra-bayar. VAT akan diproses dan dikenakan oleh kastam masing-masing.

United Kingdom 20% VAT (Cukai Nilai Tambah):

  • Bungkusan di bawah atau setara dengan 135 GBP: Pra-bayar Adalah Pilihan
  • Bungkusan melebihi 135 GBP: Tidak boleh dipra-bayar. VAT akan diproses dan dikenakan oleh kastam.

Norway 25% VAT (VAT di bawah skim VOEC):

  • Setiap item di bawah 3,000 NOK: Pra-bayar Adalah Pilihan
  • Jika sebuah item di dalam bungkusan melebihi 3,000 NOK, pra-bayar tidak boleh dilakukan. Jumlah nilai bungkusan tidak relevan dalam konteks ini.

Singapura 9% GST(Cukai Barang dan Perkhidmatan):

  • Item di bawah atau setara dengan 400 SGD: Pra-bayar Adalah Pilihan
  • Item melebihi 400 SGD: Tidak boleh dipra-bayar. GST dan duti kastam akan diproses dan dikenakan oleh kastam Singapura.
  • Jika bungkusan mempunyai item melebihi dan dibawah 400 SGD, bungkusan akan turut dikenakan cukai ketika import selepas pra-bayar.

Bilakah barangan saya akan dikirimkan?

Setibanya barangan anda di gudang kami, anda boleh menetapkan masa, alamat pengiriman serta kaedah pengiriman barangan anda. Untuk bermula, sila ke tab "Bungkusan" di akaun anda. Setelah anda menetapkan butiran pengiriman anda dan membayar kadar pengiriman antarabangsa, kami akan mengirimkan bungkusan anda dalam tempoh 2 hari bekerja.

Adakah ZenMarket membekalkan nombor penjejak untuk bungkusan saya?

Ya, semua bungkusan adalah disertakan dengan nombor penjejak. Anda boleh menjejak bungkusan anda setelah ianya dikirimkan.

Adakah ZenMarket menawarkan perkhidmatan pengukuhan bungkusan untuk barangan mahal atau mudah pecah?

Sudah tentu! Pada asasnya, kami akan menggabungkan dan membungkus barangan anda dengan mengambil kira beberapa faktor seperti ketahanan dan saiz barangan tersebut. Selalunya, bungkusan kami sudah cukup kuat untuk pengiriman antarabangsa. Namun begitu, sekiranya barangan anda mudah pecah, berat, besar dan/atau anda risau akan keselamatannya, kami menyarankan agar anda menggunakan perkhidmatan pengukuhan bungkusan kami. Hanya dengan 1000JPY per kotak, bungkusan anda akan diperkukuh dengan karton padat keras yang akan dilekatkan pada setiap bucu, dan/atau bahan pembungkusan ekstra yang diperlukan.
Kakitangan gudang kami mungkin akan meminta anda menggunakan perkhidmatan pengukuhan untuk barangan tertentu sekiranya mereka mendapati bahawa barangan tersebut memerlukan perlindungan ekstra.

Kami menyarankan perkhidmatan pengukuhan untuk barangan berikut:

  • alat atau mesin terpakai yang tidak dilengkapi dengan pembungkusan asal (cth: amplifier, speaker, mesin jahit)
  • barangan tembikar atau seramik
  • bungkusan dengan berat melebihi 10kg
  • barangan mudah pecah yang lain
*Untuk turntable, pengukuhan bungkusan adalah wajib. Kami tidak menerima sebarang tuntutan untuk bungkusan yang berisi barangan mudah pecah (tembikar, seramik, kaca dll.) jika bungkusan tersebut dikirim tanpa pengukuhan tambahan.


Barangan yang biasanya tidak memerlukan pengukuhan:

  • pakaian
  • patung plush
  • buku
  • joran (untuk menjamin keselamatan item ini, ianya akan dibungkus dengan tiub kadbod yang kukuh dan tidak memerlukan pengukuhan lain)

Sila maklum bahawa kakitangan gudang kami tidak dapat mengembalikan caj pengukuhan walaupun pada kemudian hari anda mendapati bahawa pengukuhan tersebut tidak diperlukan.

Selain itu, sila maklum bahawa kami tidak akan membuka bungkusan asal barangan baharu atau yang belum dibuka bungkusannya tanpa keizinan anda. Jika anda ingin melindungi item yang terkandung di dalam kotak tersebut, sila buat permintaan khas di bahagian komen ketika anda membuat bungkusan melalui akaun ZenMarket anda.

Bolehkah saya meminta ZenMarket menandakan item saya sebagai "gift"?

Maaf, kami tidak boleh menyatakan sesuatu item sebagai "gift" pada invois. Kami perlu menyenaraikan kesemua bungkusan kami sebagai "merchandise". Harap maklum.

Saya telah membuat bungkusan dan mengetahui kos pengiriman. Adakah saya masih boleh membuat apa-apa perubahan?

Jika anda ingin menukar kaedah pengiriman, anda boleh melakukannya secara percuma di tab "Bungkusan" di akaun anda. Tetapi jika anda ingin membuat pembungkusan semula, bayaran servis tambahan akan dikenakan.

Bayaran akan dikenakan untuk setiap kotak berdasarkan berat.
4,999g dan ke bawah - 1,000 JPY
5,000g ke 14,999g - 2,000 JPY
15,000g ke 29,999g - 3,000 JPY
30,000g dan ke atas - 4,000 JPY

Contohnya, jika anda membatalkan 2 kotak yang setiap satunya seberat 14kg, anda perlu membayar kos pembatalan sebanyak 4,000 JPY.

Adakah bungkusan saya mempunyai insurans untuk penghantaran antarabangsa? Berapakah caj insurans tersebut?

Caj insurans untuk kebanyakan bungkusan adalah bawah tanggungan kami. Tetapi, caj insurans istimewa ZenMarket akan dikenakan ke atas bungkusan bernilai tinggi (jumlah nilai antara 500,000 ke 5,000,000 Yen). Caj ini adalah 1% daripada nilai item. Untuk bungkusan bernilai melebihi 5,000,000 Yen, kami akan menghubungi anda untuk caj insurans berasingan.

Saya masih belum menerima bungkusan. Apa yang patut saya lakukan?

Semua bungkusan ZenMarket mempunyai nombor penjejakan dan anda boleh menyemaknya di akaun anda. Jika terdapat sebarang kelewatan yang tidak dijangkakan dalam penghantaran, sila hubungi kami dalam jangka masa berikut supaya kami dapat mulakan siasatan. Anda boleh menghubungi kami dari sini. Anda boleh mengaksesnya dari butang "Saya ada masalah" di tab "Mesej".

  • FedEx, DHL, UPS, SF Express, ECMS: 7 hari ke 90 hari selepas tarikh penghantaran
  • EMS: 30 hari ke 180 hari selepas tarikh penghantaran
  • Mel Udara, Mel Udara Paket Kecil: 45 hari ke 180 hari selepas tarikh penghantaran
  • Mel Biasa (Surface): 90 hari ke 270 hari selepas tarikh penghantaran

Harap maklum bahawa penyiasatan akan mengambil masa.

Bungkusan saya rosak/tidak mempunyai item yang cukup. Apa yang patut saya lakukan?

Sila sediakan gambar berikut dan hubungi kami dalam masa 14 hari setelah anda menerima bungkusan anda melalui halaman ini. Anda boleh mengaksesnya melalui butang "Saya ada masalah" di tab "Mesej".


Sila nyatakan masalah anda dan hantarkan gambar berikut.
1. Gambar bungkusan (kotak dan bahan pembungkusan)
2. Gambar kerosakan item.
3. Gambar nombor ID bungkusan yang ditampal di kotak.
4. Gambar invois bungkusan.

Penting: Jika anda mendapati ada sebarang masalah selepas bungkusan sampai, sila pastikan kesemua bahan pembungkusan disimpan untuk membantu penyiasatan ZenMarket bagi memastikan kami mempunyai kesemua maklumat untuk selesaikan masalah anda secepat mungkin.

Sila ambil perhatian bahawa sesetengah kes kemungkinan tidak dilindungi oleh insurans. Jika masalah berlaku di luar waktu penghantaran (contohnya kerosakan kecil pada item yang dikategorikan sebagai "junk", kerosakan pada kotak produk, atau isu dengan fungsi item yang tiada kerosakan jelas pada luarannya).

Bungkusan saya telah ditahan di kastam. Apakah yang patut saya lakukan? Bagaimana saya boleh mendapatkan invois bungkusan?

Bungkusan anda telah ditahan di kastam negara anda. Pertama sekali, kami sarankan anda untuk menghubungi syarikat penghantaran untuk bertanya tentang apa yang perlu disediakan untuk bungkusan anda dan adakah invois bungkusan diperlukan atau tidak.

Anda boleh mendapatkan invois bungkusan dengan menghubungi kami melalui tab mesej.

Pihak kastam meminta saya memberikan bukti pembayaran kos penghantaran dan pembelian item. Bagaimanakah saya boleh membuktikannya?

Disebabkan pembayaran di ZenMarket dilakukan melalui deposit, kami tidak boleh menyediakan invois untuk kos penghantaran sahaja. Anda boleh menyemak kos penghantaran yang telah dibayar melalui Bahagian Pembayaran dan ambil skrinshot.

Untuk pembelian item, anda boleh menghantar skrinshot atau link produk yang telah anda beli. Jika link produk tidak boleh diakses, sila hubungi kami.

Saya telah membayar cukai GST/VAT untuk bungkusan tetapi pihak kastam meminta saya membayarnya sekali lagi. Apakah yang patut saya lakukan?

Pertama sekali, sila hubungi kami melalui Bahagian Mesej kami maklumkan kepada kami perkara ini. Kami boleh memberikan invois pembayaran cukai GST/VAT untuk anda hantarkan ke kastam/syarikat penghantaran.

Jika syarikat penghantaran menolak invois cukai yang diberikan atau tidak mengakui pembayaran melalui sistem IOSS, kami sarankan anda untuk membayar cukai sekali lagi ke pihak kastam. Sila pastikan anda menerima resit pembayaran cukai dan hantarkan kepada kami. Selepas kami mengesahkan bahawa anda telah membayar cukai GST/VAT sekali lagi di pihak kastam, kami akan mengembalikan cukai yang telah dibayar melalui ZenMarket.

Saya telah hantarkan bungkusan saya melalui perkhidmatan pos tetapi sepertinya bungkusan masih berada di Jepun. Apakah masalahnya?

Jika status terakhir adalah “Dispatch from outward office of exchange,” bungkusan anda sedang dalam perjalanan ke negara anda.

Dalam blog ini, kami telah terangkan cara untuk membaca status tracking Japan Post.

Bungkusan saya sedang dikembalikan atau saya ingin mengembalikannya ke Jepun. Apakah masalahnya?

Jika anda telah dimaklumkan bahawa bungkusan anda akan dikembalikan ke Jepun, sila hubungi kami dengan secepat mungkin.

Bergantung kepada kaedah penghantaran, caj pengembalian bungkusan boleh menjadi lebih mahal daripada kos penghantaran yang telah dibayar, jadi kami sarankan anda untuk menyelesaikan proses import di kastam jika boleh.

Jika anda ingin membantah sebab pemulangan, sila lakukannya di dalam jangka masa 14 hari setelah bungkusan tersebut sampai di gudang kami melalui halaman ini. Anda boleh mengaksesnya melalui butang "Saya mempunyai masalah" di tab Mesej.

Bolehkah ZenMarket menerima bungkusan yang dipulangkan dan menghantarkannya sekali lagi kepada saya? Apakah caj yang akan dikenakan?

Ya, kami boleh menerima bungkusan anda dan akan menghubungi anda setelah bungkusan tersebut sampai di gudang kami.

Selepas kami membungkus semula bungkusan tersebut, kami akan menghantarkannya sekali lagi; tetapi anda juga perlu membayar kos penghantaran sekali lagi.

Jika anda ingin membungkus semula bungkusan tanpa membuat perubahan, caj pembungkusan adalah 1,000 JPY. Jika anda mahu membuang atau menambahkan barang, kami akan caj pembatalan/pembungkusan semula berdasarkan berat bungkusan yang dikembalikan.

Amalan yang Baik

  • Buat pembelian barangan berlainan dari satu kedai online Jepun sahaja untuk mengurangkan kadar pengiriman tempatan dalam Jepun.
  • Gunakan alamat rumah anda dan bukan alamat pejabat anda untuk pengiriman.
  • Semak cukai kastam negara anda serta had saiz/berat setiap kaedah pengiriman terlebih dahulu.

Masih mempunyai pertanyaan?

Sila hubungi kami. Kami sentiasa bersedia untuk membantu anda.